Wednesday, February 3, 2010

Disebalik sebuah rasa ( dedicated to HERBALIS)

Merasai sesuatu dengan hati bukannya dengan kekuatan fikiran yang keluar dari andaian semata-mata. Jika bersihnya hati maka sudah tentulah biasnya cahaya itu dari sudut yang benar tetapi jika selalu dikotori maka ujudlah seribu perasangka yang membawa kepada dosa. Ukurannya ialah pada hati , dari itu mengambil sikap curiga pada telahan hati sendiri itu lebih selamat. Kita curiga tentang sesuatu yang dibentangkan kerana kita bimbang ianya merupakan sebuah rasa yang telah salah.
Apapun yang penting bersihkan hati sehingga ia melahirkan cahaya yakin pada setiap bicaranya. Sekiranya yakin itu sudah menguasai diri sesudah ia cuba menafikan sesuatu hal yang buruk maka benarlah itu adalah petunjuk dari tuhannya. Allah menjadi pembimbing kepada orang yang beriman dan mengeluarkan dirinya dari kegelapan kepada cahaya seperti Allah mendatangkan rasa bahagia dihati hambanya tatkala ia melakukan apa jua ibadah. Kita mampu melakukan hal-hal yang zahir tetapi atas urusan batin semuanya kembali kepada Allah yang menentukan.
Mintalah Allah nescaya kita akan memperolehi kesemuanya kerana dia sahaja yang berhak mengagihkan redhonya kepada sekelian Alam. Dia tidak ada sekutu dengan sesuatu dalam hak keagungannya dan tidak ada sekutu dengan sesuatu ketika memberikan sesuatu nikmat. Jika ia mencabut nikmat itu tidak ada siapa yang mampu memberikannya.
Dimana sahaja wajahmu dihadapkan disitulah ujudnya Allah sehingga ketika matamu terpejam dari melihat hakikat benda dihadapanmu itupun tanda ujudnya Allah kalau tidak masakan orang buta juga beriman dengan sesungguhnya. Kadangkala dengan mata yang terpejam lebih cepat hati itu merasai kerana ia tidak terpengaruh dengan lukisan dihadapannya. Jika ia mampu melihat sesuatu itu dengan pandangan dibalik sebuah objek maka itu lebih baik. Dia berfikir tentang Allah,tentang kekuasaan,tentang pentas dunia yang akan dilabuhkan tirai kehidupanya dan disitulah dia membangunkan sebuah rasa ketergantungan dengan Maha pencipta sambil menafikan semua kehaziran yang lain dihatinya.
Dia tidak pernah rasa kesepian dalam kesaorang dan tidak pernah rasa lupa dalam keramaian sehinggakan benar-benar ia takut hatinya tidak lagi dapat mendampingi tuhannya. Bagitulah perjalanan hati yang sentiasa menanti dan mengharap sapaan dari tuhannya. Ia dapat merasai kesemuanya itu walaupun sukar padanya mengungkap sebuah rahsia cinta antara hamba dengan Tuhanya. Dia mencintai semua orang yang sama-sama berjalan diatas jalan yang sama miskipun memiliki cara yang berbeza kerana jelas padanya semestinya semua orang mencari jalan yang membawa petunjuk bukanya jalan syaitan. Rasa ingin kepada petunjuk itupun satu anugrah yang ditentukan Allah kecuali dia lari dari petunjuk kerana fatamogana yang tidak upaya hatinya menolaknya. Itupun sesudah datang ingatan dari Allah ia menjadi sedar kembali. Alangkah besarnya kasih sayang Allah pada hambanya atas kesempatan yang tidak pernah kurang. Benarlah jika ia memilih jalan lain itu adalah hasil sebuah kedurhakaannya selama ini .
Persoalanyanya,kenapa ia tidak sedar bahawa ia sebenarnya mengikuti jalan yang salah sehingga ia berada pada ambang kematian. Kita kembalikan semula pada hati yang menjadi neraca ukur. Hatilah yang sebenarnya kotor sehingakan kejahatan mampu bersembunyi dibalik kebaikan yang dilakukanya. Ruginya jika situasi ini berlaku pada diri kita walaupun seribu kebaikan telah di lakukan kerana ia tidak ubah bagai debu-debu yang berterbangan.
Kuatnya hati dalam menempuh sebuah rasa itu juga satu hal yang penting di perbincangkan. Rasa marah,rasa sedih,rasa ragu dan pelbagai jenis rasa yang menjadi seperti air diatas daun keladi,tertimbang-timbang tapi tidak juga tertumpah di bumi pasrah. Semakin kuat rasa itu semakin jenuh kita mengatur hati agar berlaku adil dengan melihat hikmah yang tinggi. Selagi hati giat mencari celanya sebuah cerita sampai bilapun ia tidak mampu mengambil iktibar dari sesuatu kejadian. Lebih-lebih lagi andaikata ia sendiri mengakuinya semua yang dirasainya adalah benar belaka.
Burung yang terbang tinggi merasai kecilnya upaya manusia dibawahnya hanya mampu berjalan dengan lelah dan terbatas melalui liku-liku yang banyak sedangkan ia mampu merentas tanpa batasnya. Sesekali rasa itu menjadi kebenaran tetapi takala hujan lebat,manusia mencipta kenderaan bagi meneruskan kehidupan sedangkan sang burung bersembunyi dibalik ranting didalam kesejukkan. Semakin besar ia membina fatamogana itu semakin besarlah rasa sedihnya pada sebuah takdir Allah pada dirinya. Demikianlah keajaiban sebuah hati dan Allah bimbingilah kami. Amin.

- sumber dari blog PU.

No comments:

Post a Comment